Tahukah apa itu 'Program Buku Hijau'? Buat buku skrap warna hijaukah? Program lestari alam sekitarkah? Biar saya mulakan penerangan. Untuk pengetahuan pembaca, projek ini tiada di mana-mana Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lain selain daripada Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan satu aktiviti wajib yang dijalankan pada setiap hari Jumaat dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Aktiviti yang saya jalankan bersama-sama rakan-rakan lain ialah menanam tanaman kontan mengikut course masing-masing. Program Buku Hijau menjadi landasan ke arah mengkomersilkan dan menjadi pusat pengeluaran hasil tani dalam masa yang terdekat.
Di UPM, terdapat 7 kursus diploma, 1 kursus persediaan diploma dan 1 kursus peringkat ijazah. 7 diploma yang ditawarkan ialah Diploma Pertanian(Kursus yang saya ambil. hehe), Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan, Diploma Perniagaan Tani, Diploma Perikanan, Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan, Diploma Perhutanan dan Diploma Kejuruteraan Pertanian. Kursus di peringakat ijazah pula ialah Bachelor Sains Bioindustri. Setiap kursus diwajibkan mengikuti program ini yang dijalankan di ladang masing-masing dan kehadiran pelajar di ambil. Antara tanaman yang ditanam ialah jagung, labu, kundur, sawi, dan beberapa tanaman kontan lain mengikut kursus masing-masing.
Group saya tanam kundur.. Cantikkan..??
Dalam program ini, kami dideahkan tentang jentera-jentera pertanian yang digunakan dalam aktiviti pertanian seperti escavator, traktor, mesin rumput dan banyak lagi. Hari pertama kami di ladang, kami menabur Calcium Carbonate Powder ataupun kapur atas batas bertujuan untuk meneutralkan asid tanah. Hal ini demikian kerana kebanyakan tanah di bumi mempunyai nilai pH diantara 4.5 hingga 7.5. Kemudian, tanah digembur menggunakan cangkul. Anak benih yang disemai ditanam lebih kurang dua hingga 3 minggu penaburan kapur bagi membolehkan kapur terbait meresap ke dalam tanah.
Antara jentera yang didedahkan kepada pelajar di sini.. Jangan try guna.. Nanti meletup..
Prospek keselamatan haruslah di utamakan. Memandangkan aktiviti dijalankan di ladang, maka pelajar perlulah memakai pakaian yang sesuai seperti kasut but untuk melindungi kaki dan memakai sarung tangan ketika menggunakan peralatan untuk mengelakkan tangan melecet dan sebagainya. Pengunaan alatan seperti cangkul, cangkul mata tiga juga harus dikendalikan secara berhati-hati untuk mengelakkan berlaku kecederaan terhadap diri sendiri serta rakan-rakan sekeliling.
Ni model pakaian berkebun.. Kanak-kanak ingusan.. haha
Saya yang baju putih tu..!! jangan bergurau di landang mcm ni.. bahaya.. posing je lebih ni.. hehe
Meskipun terpaksa menghadapi cuaca yang agak panas ketika berkebun, ianya bukan pengahalang kepada pelajar-pelajar di sini menjalankan aktiviti mengikut waktu yang telah di tetapkan. Masa yang paling seronok dalam program ini ialah ketika harvest. Manakan tidak? Kutip hasil titik peluh sendiri.Justeru itu, segala halangan yang dihadapi perlu dihadapi dengan penuh sabar dan konsisten. Saya yakin, umum mengetahui kata-kata orang lama, "berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
Berehat.. Penat membajak..
Dah baca, jom layan lagu ni.. Mari kita ke ladang.. Hoiii!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan