Sedarlah, pertanian merupakan sumber kekayaan dan sumber utama dalam menjana ekonomi negara. Kebanyakan negara yang maju datangnya dari sektor pertanian. Saya mahu ambil contoh yang saya yakin umum mengetahui negara China merupakan negara yang berkembang pesat dalam bidang pertanian. Fakta menyatakan walaupun negara China hanyalah seluas 10% daripada dunia ini, tetapi China menghasilkan mampu menghasilkan 20% makanan kepada seluruh dunia. Antara pengeluaran terbesar ialah beras, gandum, kentang, kacang dan ikan. Apa yang hendak saya kaitkan disini ialah, pertanian bukanlah hanya dengan menjalankan aktiviti menanam tanaman sahaja. Research & Development(R&D) dalam bidang pertanian memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pengeluaran. Tanpa penyelidikan, pengeluaran hasil pertanian tidak mungkin dapat dihasilkan pada tahap yang maksimum.
Di Malaysia, banyak agensi besar dan kaya dalam sektor pertanian. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) antara yang saya yakin bukan setakat masyarakat Malaysia, malahan dunia turut mengenalinya. Bukan itu sahaja, saya ingin menyenaraikan lagi agensi pertanian yang lain. Antaranya :
- Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
Persoalannya, adakah graduan universiti yang bekerja di agensi-agensi sebegini sepenuhnya berada di ladang? Saya rasa anda boleh menjawabnya sendiri.
Logo FELDA
KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA
a. Pengeluaran bahan makanan
· Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
· Kurang kos import bahan makanan
· Memenuhi keperluan keselamatan negara
b. Pengeluaran bahan mentah
· Bahan mentah untuk keperluan industri
· Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.
c. Pendapatan eksport
· Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
· Sumber aliran masuk wang asing
· Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
· Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
· Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
Saya merupakan pelajar yang mengambil Diploma Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa segala persepsi buruk masyarakat umum tentang bidang pertanian adalah salah semata-mata. Diploma Pertanian memberi penumpuan utama dalam bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwa, pengeluaran tanaman dan ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan pengembangan. Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta serta dalam bidang penyelidikan kesuahawanan.
Tuntasnya, mari kita bersama-sama membuka mata agar sedar betapa pentingnya pertanian demi kelangsungan hidup kita. Jangan sesekali memandang remeh terhadap sesuatu yang dipandang tanpa membuat penilaiannya terlebih dahulu. Pertanian adalah sumber kekayaan ekonomi negara. Majulah pertanian untuk negara...!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan