Assalamualaikum
& salam sejahtera.
Tarikh :
Jumaat, 18 Julai 2014.
iM4U
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah menganjurkan aktiviti kebajikan
di sebuah perkampungan majoriti umat Islam iaitu di Kuala Tatau. Pelajar yang
terlibat terdiri daripada 16 orang pelajar yang mempersembahkan qasidah dan 20
orang anggota iM4U diketuai oleh Dr. Nor Hakim Ahmad.
Di
sini saya ingin berkongsi aktiviti dan pengalaman sepanjang sehari berada di
Kampung Kuala Tatau ini.
TENTATIF
PROGRAM
Jam
10 pagi, kami tiba di Kuala Tatau. Kami perlu menaiki bot penumpang untuk
menyeberang sungai Tatau memandangkan lokasi aktiviti yang kami jalankan
terletak di seberang sungai terbabit. Tibanya kami di sana, kami di sambut baik
oleh orang-orang kampung terbabit. Jam 10.15 pagi, pengarah program
membahagikan tugas kepada setiap membahagikan tugas kepada setiap pelajar yang
terlibat dalam program ini seperti memasak bubur pedas, mengecat masjid, membersihkan
kawasan masjid dan menyediakan juadah berbuka puasa.
Kami harus menaiki bot memandangkan kampung tersebut terletak di seberang sungai.
Aktiviti gotong-royong di masjid.
Selesai
sahaja aktiviti gotong royong, kami menunaikan solat Jumaat bersama penduduk
kampung pada jam 12.30 tengah hari. Untuk pengetahuan pembaca terutamanya dari
semenanjung, waktu di sini awal lebih kurang 40 minit berbanding semenanjung.
Jadi, waktu tengah hari di sini berlabuh lebih awal daripada waktu tengahari di
semenanjung Malaysia. Selepas solat Jumaat sebahagian daripada pelajar yang
terlibat dalam program ini membuat persediaan majlis berbuka puasa manakala
sebahgian lagi mengikuti majlis Tadarus Al-Quran Perdana Kuala Tatau
bersama-sama dengan penduduk kampung. Pada pukul 5.15 petang sejurus selesai
Majlis Tadarus Al-Quran, bubur pedas diagihkan kepada penduduk kampung.
Bubur pedas Sarawak yang di masak di rumah Penghulu Kampung.
Jam
6.00 petang, Menteri Muda Promosi Pelancongan Negeri Sarawak, Y.B Datuk Haji
Talib bin Zulpilip tiba. Ketibaan beliau disambut dengan persembahan qasidah
oleh kumpulan Shotul Shabab yang terdiri daripada pelajar UPMKB sendiri. Azan
dilaungkan pada pukul 6.43 petang menandakan waktu Maghrib dan berbuka puasa.
Kami dan orang kampung menjamu juadah ringan dan menunaikan solat Maghrib
secara berjemaah. Setelah solat Maghrib secara berjemaah kami disajikan dengan
makanan tradisional Sarawak seperti umai, ikan bawal bakar, bubur pedas dan beberapa
jenis juadah lagi. Program akhirnya diakhiri dengan penyampaian sumbangan
Lembaga Amanah Kemajuan Islam Bintulu dan solat Isyak secara berjemaah.
Ahli Qasidah Shotul Shabab(Suara Pemuda).
Saya difahamkan rumah penduduk di sini di bina sebegini untuk berlindung daripada banjir pada setiap bulan Desember.
Makanan tradisional Sarawak, Umai(ianya seperti acar tetapi terdapat isi ikan didalamnya).